Basic Sajada - AMRU

Sejadah Ini Lebih Selesa, Lembut & Tebal Dari Sejadah Biasa..

Mampu menyerap tekanan ketika solat dengan sangat baik. Khususnya pada bahagian sendi seperti tumit kaki, lutut serta pada dahi.

Dihasilkan Dari Kapas Asli

Walaupun harga kapas dunia melambung tinggi, kami komited menghasilkan sejadah AMRU dengan menggunakan 90%++ kapas asli dengan hanya sedikit campuran bahan lain. Berdasarkan pelbagai kajian dunia, kapas asli mempunyai banyak kelebihan berbanding fabrik lain yang akan memberi nilai tambah kepada para pengguna.

Cantik & Selesa

Kapas membuatkan sesuatu produk itu kelihatan sangat cantik. Bahkan sangat selesa bila diguna.

Tak Panas

Kapas tidak memerangkap haba. Jadi ia akan terasa sejuk apabila kita menyentuh permukaanya.

Tahan Lama & Lasak

Produk yang dihasilkan dari kapas asli akan boleh bertahan lebih lama dan kekal bentuknya.

Mesra Cucian

Tiada istilah mengembang atau mengecil bila dicuci bagi produk yang dihasilkan dari kapas asli.

Alami Pengalaman Solat Yang Berbeza..

Tidak seperti sejadah biasa yang berada di dalam pasaran, sejadah AMRU menjanjikan pelbagai kelebihan yang boleh membantu anda untuk beribadah dengan lebih baik.

Permukaan Lembut

Bukan sekadar kelihatan cantik dan elegan, apabila bersentuhan dengan permukaan sejadah AMRU, ia sangat lembut kerana dihasilkan dari kapas asli sepenuhnya.

Menyerap Tekanan

Sangat selesa apabila kita berdiri, sujud dan duduk di antara dua sujud di atas sejadah AMRU kerana ia kapas asli ini boleh menyerap tekanan dengan sangat baik!

Mudah Dilipat

Walaupun tebal, ia masih boleh dilipat untuk di bawa kemana-mana sahaja. Sangat praktikal untuk di bawa ke masjid, travel dan sebagainya.

Boleh Dibasuh

Sejadah AMRU boleh dibasuh berkali-kali menggunakan tangan atau mesin basuh. Ia tidak akan mengecil atau mengembang, masih kekal cantik walaupun bertahun.

Mencengkam Permukaan

Tidak perlu risau untuk solat di atas permukaan lantai yang licin seperti simen atau tiles kerana ia dilengkapi dengan 'anti-slip' pada permukaan belakang.

Tidak Menggangu

Tanpa sebarang corak, sejadah AMRU boleh membantu pengguna untuk lebih fokus apabila mendirikan solat. Tiada lagi mengelamun memerhati corak sejadah.

Warna Putih, Bersih Lagi Suci

Sejadah AMRU dihasilkan dengan kain kapas putih bagi mencerminkan lambang kebersihan dan kesucian untuk menyembah Sang Pencipta. Biasanya sejadah jarang sekali dicuci. Insyallah warna putih akan membuatkan kita sentiasa peka terhadap tahap kebersihan sejadah yang digunakan.

Spesifikasi..

  • Bahan
  • Isian
  • Saiz
  • Ketebalan
  • Warna
  • 90%++ kapas asli
  • 900+- gram
  • 70 cm x 112 cm
  • 15+- mm*
  • Putih

Telah Membahagiakan Ramai Jiwa..

Majoriti pengguna telah merasai pengalaman yang positif menggunakan sejadah AMRU. Sebahagian dari mereka sudi berkongsi pengalaman seperti berikut..

Anak saya buat suprised utk saya.currier terus kat rumah. Saya suka dan excited dgn baunya yg sangat harum.excited sujud kerana Allah. wanginya tahan lama tau.

Nur Asmah

Alor Setar

Ketebalannya membantu kita yg jenis sakit lutut or sesiapa yg pergelangan kaki mudah terseliuh macam saya. Bila tebal sikit, kita nak turun sujud tu rasa lebih yakin. Baru seronok nak sujud lama-lama..

Cik Mal

Kuala Lumpur

Sejadah mmg excellent dan makcik mmg suka sangat. Kualiti bagus dan ketebalan bagus untuk orang sakit lutut...hehe

Sharifah

Kemayan

Saya dah cuba duduk tadi.. InsyaAllah.. boleh la solat dgn khusuk.. dan pnjng sikit zikir..

Masrozinar

Subang Jaya

Alhamdulillah...lutut xrasa sakit langsung selesa sgt2.

Rohaya Abu Bakar

Dungun

Assalamualaikum. Haritu mak kol ckp sejadah tu best. Tebal, lembut macam toto selimut tebal tu.

Noorliah Rahaban

Sandakan

Dato Syed Zainal, CEO Petronas Dagangan Berhad meneliti dan berminat dengan sejadah AMRU untuk diletakkan di masjid naungan beliau.

Fadzli Aziz, penyanyi nasyid dan personaliti TV turut mendapatkan sejadah AMRU untuk dihadiahkan kepada ibunya yang tercinta.

Dr. Yusri Mohamad, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) adalah seorang pengguna sejadah basic AMRU.

Berapakah Harga Sejadah AMRU?

Sejadah dari 90%++ kapas asli dengan kualiti premium dan jahitan yang kemas.

Seluruh Malaysia

RM129.00

Brunei & Singapore

BS$35.00

Negara-Negara Lain

$30.00

Harga Promosi RM99 Sahaja!

Tawaran terhad agar lebih ramai mampu untuk mencuba sejadah AMRU..

Jimat RM30

Potongan RM30 diberikan supaya lebih ramai dapat mencuba dan merasai sendiri kelebihan sejadah AMRU ini. Tawaran terhad! Boleh tamat bila-bila masa.

Penghantaran Percuma

Untuk pembelian dua helai ke atas, anda akan menikmati penghantaran percuma ke seluruh Malaysia. Jimat lebih RM10++ bagi kos penghantaran.

Packaging Baru
Hadiah Percuma

Perfume Sejadah & Gift Card Bernilai RM12.90

Setiap helai sejadah AMRU akan diberikan pewangi sejadah dengan haruman yang sangat tenang. Satu calitan sahaja boleh membuatkan sejadah anda wangi sehinga 72 jam. Bebas alkohol. Gift card juga disediakan untuk anda sampaikan ucapan kepada orang yang tersayang agar pemberian hadiah lebih bermakna.

Siapa Yang Perlukan Sejadah AMRU?

Buat mereka yang ingin merasai pengalaman solat yang berbeza & membahagiakan orang lain.

Kegunaan Sendiri & Keluarga

Mereka yang paling ideal untuk mencuba sejadah AMRU ialah diri anda sendiri berserta keluarga. Jika sebelum ini anda solat dengan sejadah biasa, tiada salahnya untuk cuba solat dengan sejadah AMRU yang lebih selesa, lebih lembut dan lebih tebal berbanding sejadah biasa.

Hadiahkan Kepada Orang Tersayang

Sejadah AMRU adalah pilihan hadiah yang tepat untuk diberikan kepada orang tersayang. Susah nak cari hadiah yang produk yang memang digunakan selalu. Tetapi percayalah sejadah akan digunakan selalu setiap hari, siang dan malam. Ia akan menjadikan diri anda lebih bermakna disisi mereka.

Kegunaan Ketika Umrah & Haji

Sejadah AMRU juga adalah satu barangan wajib yang perlu anda bawa apabila menunaikan umrah atau haji. Ia sangat membantu untuk anda beribadah dengan sangat selesa. Anda boleh mendirikan solat, membaca al-Quran dan apa sahaja dan dimana-mana sahaja dengan sejadah ini.

Wakaf Untuk Kegunaan Umum

Ramai diluar sana ingin mencari-cari sejadah yang lembut, tebal dan selesa untuk digunakan setiap kali lepas solat. Mereka mungkin tidak menemui atau tidak mampu untuk memiliki sejadah AMRU. Raih saham akhirat dengan menghadiahkan atau wakafkan sejadah ini kepada orang lain.

Jadikan Hantaran Kahwin

Sejadah AMRU sangat cantik dan elegan untuk dijadikan sebagai salah satu barangan hantaran pada hari istimewa anda. Letakkan di dalam kotak yang menarik, sejadah ini akan kelihatan sungguh eksklusif! Paling penting, ia adalah produk yang anda boleh gunakan berkali-kali selepas ini.


Maklumbalas Positif Setiap Hari..

Hampir 99% pengguna sejadah AMRU sangat berpuas hati. Berikut adalah maklumbalas mereka..

Tiga Jaminan Khas Untuk Anda

Nikmati pembelian yang sungguh berbaloi, tanpa sebarang risiko..

Pulangan Wang 30 Hari

Anda akan dilindungi dengan jaminan pulangan wang selama 30 hari. Jika ada kerosakkan, tidak berpuas hati atau sebagainya, maklumkan kepada kami untuk pemulangan wang.

Produk Berkualiti Tinggi

Anda akan memperolehi sejadah yang sungguh berkualiti dari setiap aspek. Ia sejadah yang lebih selesa, lebih lembut dan lebih tebal untuk kegunaan harian anda.

Harga Sangat Berpatutan

Anda akan merasai pelaburan anda untuk mendapatkan sejadah ini sungguh berbaloi. Anda akan dapati sejadah ini dijual dengan harga yang jauh lebih murah dengan apa yang anda perolehi.

Bayangkan Sungguh Selesa Beribadah..

Bayangkan anda dapat mendirikan solat dengan perasaan yang berbeza. Ternyata apabila anda berdiri, tapak kaki anda terasa lebih selesa. Apabila sujud, lutut anda tidak lagi sakit akibat tekanan dan dahi anda merasai lembutnya permukaan kapas. Ia akan memberikan anda pengalaman solat yang berbeza, sungguh selesa!

Pilih Kuantiti, Lebih Banyak Lebih Jimat

Cuba sekarang dan nikmati pelbagai penjimatan tanpa sebarang risiko.

1 helai

RM99

  • Pewangi Sejadah x 1
  • Kad Hadiah x 1
  • Jimat RM42!

2 helai

RM195

  • Pewangi Sejadah x 2
  • Kad Hadiah x 2
  • Penghantaran Percuma
  • Jimat RM88!

3 helai

RM290

  • Pewangi Sejadah x 3
  • Kad Hadiah x 3
  • Penghantaran Percuma
  • Jimat RM135!

Nak Tempah Lebih Dari 3 Helai?

Lebih penjimatan diperolehi bagi pembelian 10 helai ke atas. Untuk harga borong pembelian minima 20 helai.

4 helai

RM385

  • Pewangi Sejadah x 4
  • Kad Hadiah x 4
  • Penghantaran Percuma
  • Jimat RM182

Alhamdulillah sejadah saya dah sampai..mmg tebal dan besar..sangat selesa untuk beribadat dan diberi fokus yg mendalm smsa solat..

Aniza Bakar

Dungun

Akk dah beli. Mmg sgt berbaloi sejadahnya. Tebal. Lembut dan putih bersih. Sgt bagus utk yg ada masalah lutut. Sbg hantaran perkahwinan atau hadiah pd tersayang sgt sesuai.

Roslina Mat

Taiping

Alhamdulillah... Saya dh miliki juga, mmg selesa dan terbaik. Putih bersih...moga hati saya juga bersih dan sentiasa khusyuk dlm solat. Aamiin..

Noraini Sardi

Shah Alam

Soalan-Soalan Lazim

Berikut adalah persoalan yang sering diajukan berkaitan Sejadah AMRU.

Buat masa sekarang, kami hanya mengeluarkan sejadah AMRU Basic berwarna putih sahaja. Insyallah warna putih lebih cantik kerana ia mencerminkan lambang kebersihan dan kesucian. Warna putih juga akan membuatkan kita sentiasa peka terhadap kebersihan sejadah yang digunakan.

Harga sejadah AMRU adalah yang paling berpatutan di dalam pasaran dengan menggunakan kapas asli dan ketebalan yang dijanjikan. Namun, anda boleh dapat harga diskaun apabila membeli dengan kuantiti yang lebih banyak.

Sejadah AMRU boleh dibasuh berkali-kali tanpa ia mengecil atau mengembang yang menyebabkan sejadah ini rosak. Kapas asli memang terbukti tahan lama dan tahan lasak. Anda boleh mencuci sejadah ini dengan mesin basuh. Ikuti langkah penjagaan yang tertera di label sejadah.

Boleh! Kami boleh berikan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia walaupun berapa kuantiti yang anda inginkan. Tetapi jika di luar Malaysia, kos penghantaran ditanggung oleh anda.

Boleh. Cuma penghantaran percuma yang telah pihak kami janjikan adalah untuk satu alamat sahaja. Jika ada penambahan alamat lain, kos penghantaran akan ditanggung oleh pihak anda.